Belajar untuk membaca maklumat nutrien adalah penting
sebagai rujukan untuk pengguna ketika membeli dan
menyediakan makanan yang sihat. Ini merupakan rujukan yang penting untuk mengelakkan daripada mengambil makanan yang ber-sodium tinggi. Walaupun demikian, kami masih boleh memilih makanan yang
mengandungi sodium yang tinggi dengan bantuan label maklumat nutrien.
Cara untuk membaca Label Maklumat Nutrien di kebanyakan produk makanan Malaysia.
1. Semasa membaca label makanan, perkara pertama yang perlu anda membaca ialah saiz hidangan dan jumlah hidangan. Sebagai contoh, dalam produk makanan dalam gambar di atas, jumlah hidangan ialah 1 dengan setiap saiz hidangan 250 ml. Saiz hidangan ini akan mempengaruhi jumlah tenaga dalam kcal dan jumlah nutrien yang diambil. Berdasarkan maklumat ini, anda boleh menentukan saiz hidangan anda mengikut kesuaian anda.
2. Jumlah tenaga memberi satu bayangan kepada anda bahawa berapa tenaga yang anda dapat memperolehi dari hidangan ini. Ini dapat membantu anda untuk mengawal berat badan serta memperolehi tenaga yang mencukupi untuk fungsi badan. Sebagai contoh, 1 hidangan untuk contoh makanan itu ialah 195 kcal; ia juga menunjukkan jumlah tenaga dalam 100 ml iaitu 78 kcal untuk sebagai rujukan untuk membandingkan dengan produk lain.
Rujukan kepada jumlah tenaga (berdasarkan 2000 kcal diet sehari)· 40 kcal adalah rendah· 100 kcal adalah sederhana· 400 kcal ke atas adalah tinggi
3. Makronutrien iaitu karbohidrat, lemak dan protein disenaraikan di bahagian atas manakalah mikronutrien iaitu vitamin dan mineral diletakkan di bawah. Adalah dinasihatkan untuk mengambil mengikut Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia. para pengguna juga dicadangkan untuk mengambil karbohidrat dalam 50-60%, lemak(25-30%) dan protein (15-20%) dari jumlah pengambilan tenaga.
Contoh Maklumat Nutrien Makanan yang diimport dari luar Negara dan juga sebahagian produk Malaysia
Informasi hidangan
Dalam contoh
sampel ini, saiz hidangannya ialah setengah cawan (120 ml) sup pekat (100% dari tin, tanpa campuran air). Ini adalah penting untuk membaca
maklumat hidangan sebelum menyediakan makanan supaya tidak menyediakan makanan
yang berlebihan.
Kalori, Lemak, Karbohidrat dan Protein
Nutrien-nutrien
tersebut memberi gambaran tentang beberapa kandungan yang akan anda ambil. Daily
Value % (%DV) adalah nilai nutrien tersebut dalam diet sehari dan ini adalah
berdasarkan United State Department of Agriculture (USDA) dengan pembahagian nutrien
50% karbohidrat, 30% lemak dan 20% protein. Ini merupakan cadangan dan anda
boleh mengira sendiri berdasarkan diet anda.
Sodium telah
diletakkan di bahagian atas walaupun ia merupakan mineral. Hal ini sedemikian
kerana sodium adalah dikaitkan dengan hipertensi di mana orang zaman sekarang
cendurung untuk mengambil sodium dengan berlebihan. Sodium diletakkan di atas
untuk menarik perhatian pengguna supaya mementingkan kandungan sodium makanan. Sodium dalam contoh
tersebut ialah 890 mg untuk setiap hidangan dan kandungan sodiumnya agak tinggi kerana pengambilan sodium yang dicadangkan adalah 2000 mg sehari sahaja.
Bagi lemak pula,
lemak tepu dan trans lemak sepatutnya diambil dalam kuantiti yang sedikit.
Vitamins dan Mineral
Bahagian ini
menunjukkan jumlah dan jenis vitamin dan mineral yang terkandung dalam makanan.
Cadangan keperluan harian
Ditunjukkan
di bahagian bawah label dan boleh dikecualikan di perbungkusan barang yang kecil. Ini merupakan
satu peringatan dan juga panduan untuk pengguna dalam memilih dan menyediakan
makanan.
Front-of-pack (FOP)
FOP merupakan
pembanguan maklumat nutrien label yang terkini. Sekarang, kami boleh menjumpa
FOP di sesetengah produk di pasaran Malaysia. Ini merupakan label yang mudah
dan senang dibaca dalam sesaat pun yang boleh memberi information tentang jumlah
tenaga makanan itu.
Pembanguan
tersebut telah dilakukan kerana pengguna didapati tidak suka membaca Maklumat
Nutrien Label di belakang produk. Alasannya ialah kekurangan masa untuk
membaca, susah memahami maklumat tersebut dan tidak tahu cara untuk menggunakan
maklumat yang diberi.
Oleh itu, FOP
telah dicadangkan dan digunakan dengan menggunakan logo atau simbol yang
menarik dan mudah. FOP memberi maklumat dalam cara yang mudah difahami. Namun,
dalam pasaran Malaysia, FOP yang digunakan biasanya hanya memberi jumlah tenaga
yang terkandung.






