Apakah itu sodium?
Sodium
adalah sejenis mineral yang biasanya terdapat di dalam cecair yang mengelilingi
cel-cel badan dan ada jumlah yang kecil terdapat di tulang. Sodium yang
berlebihan akan dikeluarkan dari badan dalam urin melalui proses perkumuhan. Formula
kimia untuk sodium adalah natrium (Na).
Apakah fungsi sodium dalam badan kita?
Sodium
adalah sangat penting untuk badan kita.
Antara fungsi-fungsinya ialah:
- Mengekalkan
keseimbangan elektrolit badan.
- Mengekalkan
tekanan darah yang normal.
- Mengekalkan
volume darah.
- Mengekalkan
keseimbangan pH badan.
- Untuk
memastikan fungsi sistem otot dan saraf yang optima (terutamanya otak, dan dalam mengawal denyutan jantung).
- Membolehkan
cel-cel badan untuk menarik dalam nutrien-nutrien dari saluran darah.
Di manakah sodium dalam makanan?
Sumber
sodium yang paling mudah didapati ialah garam ataupun dikenali sebagai sodium
chloride. Sodium juga wujud di dalam makanan secara semula jadi dan antara makanan yang tinggi kandungan sodiumnya adalah daging, poltri, telur, ikan dan makanan laut, dan susu. Contohnya:
- Seketul daging lembu tanpa lemak (LxWxT, 15x9x2 cm) mengandungi 180 mg sodium.
- 1 peha ayam bersaiz sederhana (LxWxT, 12.5x11.3x3.2 cm) mengandungi 71 mg sodium.
- Sebiji telur ayam (D, 3 cm) mengandungi 56 mg sodium.
- Seekor ketam bunga mengandungi 413 mg of sidum.
- 1 potongan ikan tenggiri (LxWxT, 8x2x15 cm) mengandungi 155 mg sodium.
- Secawan (250 ml) susu lembu segar mengandungi 31 mg sodium.
Sumber-sumber makanan yang lain seperti makanan yang telah diproses /
dalam tin (sosej, ham dll), jeruk, penambah perasa dan sos, juga mengandungi
sodium.
Adakah
anda tahu?!
Orang ramai sentiasa berpendapat bahawa sodium adalah garam. Oleh itu,
mereka hanya mengaitkan sodium dengan makanan yang masin. Tetapi, adakah anda
tahu,sebenarnya sodium juga boleh wujud dalam bentuk yang lain dalam makanan
seperti:
- Minuman berkarbonat
- Sayur-sayuran dan
buah-buahan
- Kek, jem, ais krim,
gula-gula
- Susu
- Air mineral, minuman
tenaga
Sodium bukan sahaja memberi rasa masin kepada makanan malah mempunyai fungsi-fungsi yang lain apabila wujud sebagai kompaun sodium. Di bawah merupakan contoh-contoh
jenis sodium yang biasa terdapat di dalam makanan (Jenis sodium yang lain yang
tidak disenaraikan di sini biasanya digunakan sebagai bahan pengawet,
penstabil, member rasa masam, dan fungsi-fungsi lain yang lebih kurang sama
seperti yang di bawah.):
Jadual 1:
Jenis-jenis sodium yang biasa terdapat dalam makanan dengan kegunaan mereka
dalam penghasilan produk makanan
Jenis-jenis sodium
|
Penggunaan dalam penghasilan produk makanan
|
Sodium bikarbonat (serbuk penaik)
|
- Sebagai bahan penaik
- Pemantap kek / penstabil
- Memberi effervescence effect (seperti dalam minuman berkarbonat)
- Menurunkan kandungan asid dalam makanan yang diproses
- Contoh: kek, roti, ais krim, yogurt, puding, produk bijirin, pasta, biskut,
daging yang diproses, cuka, kicap, minuman isotonik, dan minuman tenaga.
|
Monosodium glutamate
(MSG)
|
- Sebagai penambah perisa
- Contoh: makanan dalam pek, sos-sos dan penambah perisa lain, makanan segera, dan makanan ringan.
|
Sodium caseinat
|
- Sebagai bahan pengental
- Contoh: keju dan makanan protein untuk bina badan
|
Sodium sakaharin
|
- Sebagai pemanis buatan
- Contoh: produk bakeri (kek, cookies, dan pai), minuman ringan, dan ais krim.
|
Sodium hidroksida
|
- Digunakan dalam pemprosesan makanan: pengupasan secara kimia kulit
buah-buahan dan sayur-sayuran, pemprosesan buah koko, penyeduhan daging ayam,
pemprosesan minuman ringan, pengentalan ais krim, dan pemprosesan mee kuning
|
Sodium nitrat /
nitrit
|
- Sebagai bahan pengawet
- Penghasilan daging olahan (cured meat)
- Air minuman
|
Apakah makanan yang mempunyai kandungan sodium yang
tinggi?
Merujuk
kepada Komposisi Zat dalam Makanan Malaysia, antara makanan yang tinggi
kandungan sodiumnya ialah:
Kumpulan makanan
|
Makanan
|
Saiz porsi dalam sukatan
rumahtangga / seperti yang dibeli
|
Berat makanan (g)
|
Kandungan sodium (mg)
|
Bijirin dan
produknya
|
Mee kering, segera
|
1 keping (PxLxT,
10x8x2cm)
|
85
|
103
|
Snek mee berperisa
ayam
|
1 paket medium
|
30
|
184
|
Kekacang dan
produknya
|
Kicap pekat
|
1 sudu besar
|
20
|
564
|
Kicap cair
|
1 sudu besar
|
17
|
1255
|
Sayur-sayuran dan
produknya
|
Hum-choy (kobis
masin)
|
1 cawan (potong
kecil)
|
148
|
2763
|
Sos cili dalam botol
|
1 sudu besar
|
20
|
224
|
Sos tomato
|
1 sudu besar
|
18
|
171
|
Sup tomato dalam tin
|
1 tin (2 ½ cawan)
|
305
|
1800
|
Buah-buahan dan
produknya
|
Jeruk buah campuran
|
-
|
-
|
1480
|
(Jeruk buah yang
lain)
|
(> 1 sudu besar)
|
-
|
(>480)
|
Daging dan produknya
|
Kari ayam dalam tin
|
1 tin
|
324
|
1173
|
“Burger” daging
lembu
|
1 keping, bulat
(DxT, 10x1cm)
|
74
|
309
|
Telur
|
Telur masin, sebiji
|
1 biji (PxD,
7.5x4cm)
|
97
|
249
|
Ikan,
kerang-kerangan dan produknya
|
Ikan bilis, kering,
tanpa kepala dan usus
|
½ cawan
|
28
|
101
|
Bebola ikan
|
2 biji, besar (D,
3cm)
|
57
|
378
|
Budu
|
1 sudu besar
|
16
|
1032
|
Sardin dalam tin
|
1 tin kecil (DxT,
5x9cm)
|
155
|
476
|
Belacan
|
1 keping (PxLxT,
3.5x3.2x3cm)
|
44
|
629
|
Susu dan produknya
|
Keju, dalam
bungkusan plastik
|
1 keping, segi empat
(PxLxT, 8.4x8.4x0.3cm)
|
18
|
261
|
Sumber: Tee ES, Ismail, MN, Mohd Nasir A &
Khatijah I (1997). Komposisi Zat dalam Makanan Malaysia
(Edisi keempat).
Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur.

Apakah yang berlaku apabila saya mengambil sodium
secara berlebihan dalam pemakanan?
Pemakanan
sodium tinggi akan menyebabkan hipertensi dan
ia merupakan faktor utama yang membawa kepada penyakit kronik seperti penyakit
jantung, strok, dan kerosakan ginjal. Pengurangan pengambilan sodium telah
dibukti secara saintifik bahawa ia boleh menurunkan tekanan darah.
Apabila
kandungan sodium dalam darah terlalu tinggi, sodium akan menarik dan menyimpan
air di dalalm badan kita. Hal ini menyebabkan volume darah untuk meningkat dan
seterusnya, menyebabkan jantung untuk “bekerja keras” untuk mengepam darah ke
seluruh badan. Pada masa yang sama, ginjal juga perlu meningkatkan penapisan
darah untuk perkumuhan sodium yang berlebihan. Beban kerja dan stres yang
dialami oleh kedua-dua organ inilah yang akan membawa kepada kerosakan dari
segi fungsi mereka.
Adakah pemakanan saya mengandungi sodium yang berlebihan?
Merujuk
kepada FDA, seseorang dewasa, tidak kira jantinanya, tidak patut mengambil sodium
lebih daripada 2400mg (6g garam) sehari. Untuk orang Malaysia pula, Panduan Diet Malaysia (MDG)
menasihatkan pengambilan sodium untuk seseorang dewasa tidak melebihi 2000mg
sodium ataupun 1 sudu teh garam (5g).
*Amaun 1
sudu teh garam untuk orang Amerika dan Malaysia adalah berbeza disebabkan oleh
saiz sudu yang digunakan di kedua-dua Negara adalah berbeza.
Info extra:
Sodium chloride (garam) adalah gabungan daripada 40% sodium dan 60% klorida.
Oleh itu, 1g garam = 0.4g sodium (400mg).
Oleh itu… apakah yang saya boleh buat untuk
mengurangkan sodium dalam pemakanan?
MDG
menasihatkan pemakanan sodium dari dua aspek yang penting dan basic:
Objektif 1: Untuk mengehadkan pengambilan garam
kepada 1 sudu teh (2000mg sodium) setiap hari.
Prinsip-prinsip:
- Kurangkan penggunaan garam dan penambah perisa yang lain seperti MSG dan
juga sos-sos yang tinggi kandungan sodiumnya semasa memasak di rumah.
- Gunalah herba-herba and bahan-bahan makanan yang lain untuk menambah perisa
seperti bawang putih, bawang merah, rempah ratus, lada putih, buah lemon, cuka,
dan serai.
- Belajar untuk menikmati rasa semula jadi makanan tanpa menambah garam.
- Belajar untuk mengambil makanan yang kurang masin (tabiat ini boleh dipupuk
dalam semua orang dan ini adalah benar!)
- Pilih masakan di rumah daripada makan di luar.
- Minta untuk mengurangkan garam / tanpa menggunakan MSG semasa
makan di luar.
- Hadkan pengambilan makanan segera sekali atau dua kali sebulan.
- Para ibubapa patut mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat,
termasuk juga memupuk pemakanan kurang garam di kalangan anak-anak sejak dari kecil.
Objektif 2: Untuk mengurangkan pengambilan
makanan dan penambah perisa yang tinggi kandungan garam.
Prinsip-prinsip:
- Hadkan pengambilan makanan yang mempunyai tinggi kandungan sodium seperti ikan
masin, telur masin, sayur masin, makanan ringan, daging yang diproses (contoh:
ham, sosej, nugget, dan burger daging)
- Pilih makanan yang lebih rendah kandungan sodiumnya daripada makanan lain
dari kumpulan makanan yang sama. Sebagai contohnya, pilihlah sayur-sayuran yang
segar daripada memilih jeruk sayur.
- Pilih bahan makanan yang segar / tanpa diproses (buah-buahan, sayur-sayuran,
daging, makanan laut dll) daripada memilih makanan yang diproses / dalam tin.
- Rendamkan makanan yang diawet seperti ikan billis kering dan udang kering di
dalam air sebelum dimasak untuk mengurangkan kandungan sodiumnya. (Malah, ikan
bilis kering yang direndam sebelum dimasak yang menjadi lebih enak dan rangup
selepas di goreng! Cubalah!)
- Baca label makanan (bukan sahaja tag harganya…). Bacalah senarai bahan yang
digunakan untuk mencari kandungan sodium yang “tersembunyi” (seperti sodium
bicarbonate yang digunakan sebagai penaik kek, dan sodium phosphate yang diguna
sebagai bahan pengawet).
- Bandingkan fakta zat makanan untuk jenis makanan yang sama tetapi jenama
yang berbeza, dan pilihlah jenama yang lebih rendah kandungan sodiumnya. Selain
itu, pilihlah jenama yang mempunyai perkataan “kurang garam” ataupun perkataan
yang sama maksud dengannya jika ada.
Read More