Monday, 29 October 2012

Hipertensi



Kenali penyakit darah tinggi atau hipertensi

Darah tinggi atau hipertensi adalah satu keadaan apabila tekanan darah anda sentiasa tinggi dari keadaan biasa iaitu tekanan sistolik 140 mmHg atau lebih dan/atau tekanan diastolik 90 mmHg atau lebih.


Apa itu tekanan darah?

Tekanan darah sistolik adalah tekanan semasa jantung menguncup. Tekanan darah diastolik pula adalah tekanan semasa jantung relaks.

Tekanan darah ditulis dengan dua bacaan:

  •         Bacaan atas menunjukkan tekanan sistolik.
  •         Bacaan bawah menunjukkan tekanan diastolik.
Sekiranya tekanan darah ditulis sebagai 120/80 mmHg, ini menunjukkan tekanan sistolik anda 120 mmHg dan tekanan diastolik anda 80 mmHg. MmHg ialah bacaan millimeter Raksa/Merkuri.


Adakah anda mengalami hipertensi?

Tekanan darah normal ialah apabila tekanan darah sistolik di antara 120mmHg dan 139 mmHg dan tekanan diastolik 80mmHg ke 89 mmHg.
Jika satu atau dua bacaan tersebut adalah sentiasa melebihi nilai tersebut, anda mungkin mengalami darah tinggi atau hipertensi.


Kategori hipertensi

Kategori
Sistolik (mmHg)

Diastolik (mmHg)
Optima
Pra-hipertensi
Hipertensi
Peringkat 1
Peringkat 2
Peringkat 3
<120
120-139

140-159
160-179
≥180
dan
dan/atau

dan/atau
dan/atau
dan/atau
<80
80-89

90-99
100-109
≥110
                                                                                          
                                                                                                  (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Jenis-jenis Tekanan Hipertensi

Tekanan darah tinggi/hipertensi terbahagi kepada 2 jenis iaitu;
   
 1. Hipertensi primer - iaitu penyakit darah tinggi yang tidak berhubung kait dengan penyakit tertentu. Selalunya, penyakit ini meliputi 90% - 95% jumlah pesakit darah tinggi.   
2. Hipertensi sekunder – iaitu penyakit darah tinggi yang disebabkan penyakit tertentu.
Antara faktor sekunder yang diketahui ialah:
  •   Penyakit buah pinggang 
  •   Penyakit pembuluh darah
  •   Penyakit sistem endokrin

   MARI KITA CEGAH HIPERTENSI...
.
Read More

Hypertension

What is high blood pressure(BP) or hypertension?
High blood pressure or hypertension is defined as persistent elevation of systolic BP of 140 mmHg or greater and/or diastolic BP of 90 mmHg or greater.

What is blood pressure?
Systolic blood pressure is the pressure when the heart contracted. Diastolic blood pressure is the pressure when the heart was relaxed.

Blood pressure is written with two readings:

  • Above readings shows the systolic pressure.
  • Below reading shows the diastolic pressure.
If the blood pressure is written as 120/80 mmHg, this shows your systolic pressure is 120 mmHg and your diastolic pressure is 80 mmHg. MmHg is millimeters Mercury.


Do you have high blood pressure?
Normal blood pressure is when the systolic blood pressure between 120 and 139 mmHg and diastolic blood pressure 80 to 89 mmHg.

If one or two readings were always greater than the value, you may have high blood pressure or hypertension.


Hypertension categories
Category
Systolic (mmHg)

Diastolic (mmHg)
Optimal
Prehypertension
Hypertension
Stage 1
Stage 2
Stage 3
<120
120-139

140-159
160-179
≥180
and
and/or

and/or
and/or
and/or
<80
80-89

90-99
100-109
≥110

                                                                                                                (Ministry of Health Malaysia)

Classes of hypertension
High blood pressure/hypertension is divided into two classes, namely;

1)    Primary hypertension - high blood disease that are not related to a specific disease. This disease represents about 90% - 95% of hypertension patients.

2)   Secondary hypertension - high blood disease that caused by a particular disease.
Among the known secondary causes are:


• Kidney disease
• Diseases of the endocrine system
• Blood vessel disease

Let Us Prevent Hypertension...
                                    
Read More

Ubat untuk Hipertensi



Ubat-ubat untuk hipertensi adalah ditetapkan oleh doktor anda. Anda perlu mengikuti arahannya semasa mengambil ubat-ubat ini.
Perhatian: Nama ubat yang akan ditunjukkan seterusnya adalah menggunakan nama generik ubat itu. Sebagai contoh, nama jenama adalah Panadol, tapi nama generik adalah paracetamol.
Ubat-ubatan untuk darah tinggi dibahagikan kepada 8 kelas.


Alpha Blocker

Mempunyai fungsi untuk meluaskan saluran darah. Ini akan melemahkan rintangan dalam arteri yang seterusnya akan merendahkan tekanan darah.

Kesan Sampingan:
·         Loya
·         Kerap membuang air kecil
·         Denyutan jantung cepat dari yang biasa
·         Pening
·         Sakit kepala
·         Berdebar
·         Penurunan darah tinggi disebabkan penukaran posisi badan
Golongan kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah tidak boleh menggunakan ubat ini. Pesakit yang mempunyai masalah jantung yang tidak dapat pam dengan cekap.
Contoh ubat-ubatan : Doxazosin, Prazosin, Terasozin.
 


Angiotensin-converting enzyme inhibitors (ACE Inhibitors)

Ubat ini akan menyekat kesan angiotensin (sejenis stimulan di dalam badan ) yang akan menyempitkan saluran darah terutamanya di bahagian ginjal dan juga seluruh badan. Ubat ini akan membantu badan untuk mengurangkan penghasilan angiotensin seterusnya saluran darah akan tidak menjadi sempit seterusnya merendahkan tekanan darah.

Kesan Sampingan:
·         Pening
·         Sakit kepala
·         Keletihan
·         Sakit di bahagian perut dan ketidakselesaan di bahagian usus dan perut.
·         Batuk
·         Ruam
·         Kemerahan di bahagian muka
·         Loya
·         cirit-birit
·         Darah rendah
·         Denyutan jantung cepat dari yang biasa
Golongan pesakit yang mengalami edema, ibu mengandung dan menyusu anak, serta kanak-kanak tidak harus mengambil ubat ini.
Contoh ubat di pasaran ialah Captopril, Ramipril, Enalapril, Lisinopril, Fosinopril.

Angtiotension Receptor Blockers (ARB)

Fungsi angiotensin akan disekat oleh ubat ini. Reseptor yang akan mengikat angiotensin supaya ia boleh berfungsi telah disekat. Angiotensin tidak dapat diikat, saluran darah tidak akan disempitkan dan kekal dibuka. Dengan itu, tekanan darah akan diturunkan.

Kesan Sampingan:
·         Kemerahan di bahagian muka
·         Sakit kepala
·         Sakit belakang
·         Pening
·         Cemas
·         Kegangguan dan ketidakselesaan di bahagian usus dan perut.
·         Keletihan
Golongan yang mempunyai masalah ginjal dan hati, ibu mengandung dan sedang menyusu anak adalah dijauhi daripada ubat ini.
Contoh ubat ialah Losartan, Valsartan, Candesartan, Telmisartan.

Contoh ubat di pasaran

Beta Blockers

Ubat ini akan menurunkan kadar denyutan jantung, beban kerja jantung dan jumlah darah yang dipump dari jantung yang seterusnya akan menurunkan tekanan darah

Kesan Sampingan:
·         Pening
·         Loya
·         Keletihan
·         Cirit-birit
·         Kegangguan tidur dan ketidakselesaan di bahagian usus dan perut
·         Berkhayal
·         Kelesuan
·         Rasa sejuk di bahagian tangan dan kaki
·         Kelemahan otot dan kekejangan
·         Tekanan darah rendah
Golongan yang mengalami asidosis metabolik (keadaan badan berasid akibat kegagalan buah pinggang membuang asid atau badan menghasilkan terlalu banyak bahan asid), penyakit saluran udara, ibu mengandung dan sedang menyusu tidak boleh mengambil ubat ini.
Perhatian: Dos ubat ini perlu dikurangkan ketika digunakan oleh pesakit yang mengalami masalah ginjal kerana ubat ini akan dibuang daripada system badan melalui ginjal.
Contoh ubat: Metoprolol, Propanolol, Acebutolol, Atenolol, Bisoprolol dan Sotalol.

Calcium Channel Blockers

Ubat kelas ini akan mencegah kalsium untuk masuk ke dalam sel otot jantung dan arteri. Hal ini demikian kerana kemasukan kalsium akan mengakibatkan degupan jantung yang kuat. Penyekatan kemasukan kalsium akan membantu sel otot berehat dan membuka salurannya seterusnya melambatkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Kesan Sampingan:
·         Pening
·         Keletihan
·         Sakit Kepala
·         Kadar denyutan jantung lemah
·         Loya
·         Ketidakselesaan di bahagian usus dan perut
·         Sembelit
·         Kemerahan di bahagian kulit
Golongan pesakit yang mempunyai masalah tekanan darah rendah yang dikaitkan dengan kerosakkan jantung yang tidak dapat membekalkan darah ke seluruh badan dengan secukupnya tidak boleh memakan ubat ini. Orang yang ada masalah alahan dan ibu mengandung serta sedang menyusu anak juga tidak boleh mengambil ubat kelas tersebut.

Terdapat 3 jenis calcium channel blockers, mereka mempunyai fungsi yang sama tetapi bertindak dengan jalan yang berbeza.
1.       Dihydropiridine
a.       Amlodipine
b.      Felodipine
c.       Nicardipine
d.      Nifedipine
e.      Lacidipine


2.       Verapamil

3.       Diltiazem


Centrally Acting Drugs

Kumpulan ubat ini juga dikenali sebagai Peripheral Adrenergic Inhibitors. Ubat ini jarang digunakan kecuali kes ubat lain tidak berkesan dan untuk ibu mengandung. Ubat kelas ini akan mengurangkan tekanan darah dengan menyekat sesuatu bahan kimia di otak yang akan memberi isyarat kepada sel otot untuk menyempitkan saluran darah. Dengan sekatan itu, tekanan darah dapat dikurangkan.

Kesan Sampingan:
·         Kemurungan
·         Mulut akan rasa kering
·         mempunyai kesan ubat pelali
·         Cecair berkumpul di sel badan
·         Ruam
·         Loya
Golongan pesakit yang mempunyai penyakit murung, masalah ginjal atau hati seta pesakit hepatitis tidak dibenarkan mengambil ubat ini. 
Contoh ubat: Methyldopa, Reserpine, Clonidine.

Direct Vasodilators

Kelas ubat  ini hanya digunakan untuk kes kecemasan darah tinggi sahaja.  Ubat ini akan secara langsungnya merehatkan otot di arteri supaya salurannya buka untuk memberi laluan darah mengalir dengan lancar seterusnya menurunkan tekanan.

Kesan Sampingan:
·         Kadar denyutan jantung cepat
·         Cecair berkumpul di dalam badan
·         Loya
·         Muntah
·         Sakit kepala
·         Sakit perut
·         berdebar
Pesakit yang mengalami masalah kadar denyutan jantung yang cepat, masalah hati yang serius tidak boleh mengambil ubat ini.
Contoh ubat: Hydralizaine, Sodium nitroprusside, nitroglycerin. Minoxidil harus digunakan dalam satu satunya keadaan iaitu apabila kes yang teruk bersamaan dengan ubat-ubat lain tidak berkesan.
Contoh ubat Direct Vasodilator

Diuretics

Ubat kelas ini akan membantu badan mengeluarkan natrium dan air yang terlebih daripada badan dan membantu mengawal tekanan darah. Ubat kelas ini selalunya akan digunakaan bergabung dengan terapi tambahan.

Kesan Sampingan:
·         kegangguan elektrolit
Ubat kelas ini dibahagikan kepada tiga group:

1.       Loop Diuretics
a.       Bumetanide
b.      Frusemide


2.       Potassium-sparing diuretics
a.       Amiloride
b.      Triamterene


3.       Thiazides and related diuretics
a.       Chlorothiazide
b.      Hydrochlorothiazide
c.       Indapamide


Read More

Popular Posts

Followers

© Down!!! Blood Pressure..., AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena