Showing posts with label hipertensi. Show all posts
Showing posts with label hipertensi. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

Kehamilan dan Hipertensi: Apa yang Patut Saya Lakukan?

Pertama sekali, perkara penting yang perlu diingati ialah: ibu hamil yang mendapat hipertensi tidak patut mengambil diet yang rendah sodium!

Dalam kes hipertensi dalam individu biasa, pengurangan sodium adalah diperlukan untuk menurunkan tekanan darah. Tetapi, strategi yang sama tidak boleh diaplikasikan ke atas hipertensi dalam kehamilan. Hal ini demikian kerana sodium diperlukan untuk penyimpanan air dalam badan dan meningkatkan volume darah. Oleh itu, amaun sodium yang tertentu tetap diperlukan untuk melahirkan bayi yang sihat. Sebagai kesimpulannya, merujuk kepada Panduan Pemakanan Malaysia (MDG), ibu hamil yang mendapat hipertensi harus mengambil tidak lebih daripada 2000 mg sodium sehari, sama dengan 5 g garam.

Suplemen kalsium juga memberi manfaat dalam pengurusan hipertensi dalam kehamilan. Ini disebabkan kekurangan kalsium merupakan salah satu faktor yang membawa kepada hipertensi dalam kehamilan. Banyak kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen kalsium dapat mengurangkan darjah keparahan preeclampsia selain dapat mengurangkan risiko para ibu hamil untuk mendapat hipertensi. Pengambilan suplemen kalsium sebanyak 1500-2000 mg sehari disyorkan untuk hipertensi dalam kehamilan (WHO, 2011).

Panduan Perancangan Menu (daripada American Dietetic Association, ADA):
Makanlah sekurang-kurangnya:
  • 3 hidangan bijian utuh dan produknya terutamanya produk yang ditambah dengan kandungan zat besi.
  • 2-3 hidangan sayur-sayuran. Ini adalah termasuk sekurang-kurang 1 hidangan sayur hijau atau merah yang kaya dengan Vitamin C.
  • 2 hidangan buah-buahan.
  • 2-3 hidangan daging, ikan atau poltri yang kurang lemak.
  • 3 hidangan susu atau produk susu (rendah lemak atau tanpa lemak) untuk mendapat kalsium dan Vitamin D yang mencukupi.

Apakah yang patut dielakkan oleh para ibu hamil yang mempunyai hipertensi?

 


Ibu hamil yang mendapat hipertensi patut mengelakkan:
  • Makanan yang tinggi kandungan sodium seperti daging yang diproses, makanan dalam tin, dan makanan yang diperap dalam garam.
  • Alkohol. Sebenarnya, semua ibu hamil tidak boleh mengambil alkohol untuk mengelakkan fetal alcohol syndrome dalam bayi.
  • Pengambilan kafein secara berlebihan. Ibu hamil tidak patut mengambil lebih daripada 4 cawan kopi sehari.
  • Pengambilan daging, ikan, poltri atau telur yang mentah / kurang yang boleh membawa kepada jangkitan mikroorganisma.
  • Susu dan produk susu yang tidak melalui proses pasteurisasi.
  • Makanan yang tinggi dalam raksa (mercury) seperti ikan yu dan tenggiri Amerika yang boleh menyebabkan masalah tumbesaran malah kematian dalam bayi.
  • Merokok.

Adakah Anda Tahu?

Fetal Alcohol Syndrome adalah sejenis kecacatan dari segi mental dan fizikal dalam bayi disebabkan oleh pengambilan alkohol oleh ibu semasa kehamilan. Bayi yang mempunyai sindrom ini akan menunjukkan simtom-simtom dan komplikasi seperti:
  • Masalah tumbesaran semasa dalam rahim and selepas lahir
  • Kelemahan otot dan koordinasi.
  • Kerencatan akal
  • Masalah jantung
  • Kematian bayi
Ciri-ciri wajah kanak-kanak yang mempunyai fetal alkohol syndrome:

(Sumber: A.D.A.M. Medical Encyclopedia)

Read More

Friday, 21 December 2012

Diet DASH dan Hipertensi

Diet DASH diperkenalkan oleh National Heart, Lungs, and Blood Institute (NHLBI) demi menurunkan dan mengawal tekanan darah dalam individu yang mendapat penyakit hipertensi. Perkataan “DASH” adalah singkatan untuk Dietary Approaches to Stop Hypertension yang bermaksud pendekatan dari segi pemakanan dalam usaha untuk mengatasi hipertensi. Aplikasi diet ini untuk pesakit hipertensi telah dibuktikan boleh menurunkan tekanan darah dalam masa 2 minggu. Bukan itu sahaja, banyak kajian juga menyatakan bahawa diet DASH ini juga memberi manfaat kepada individu biasa supaya menjadi lebih sihat.

Diet DASH menggalakkan pergabungan diet ini dengan program aktiviti fizikal yang kerap supaya mendapat penurunan tekanan darah yang lebih efektif. Diet DASH memberikan lebih kurang 55% karbohidrat, 18% protein, dan 27% lemak dari jumlah pengambilan kalori harian. Antara ciri-ciri utama diet DASH ialah:


 Kebaikan diet DASH adalah:
  • Dapat menurunkan tekanan darah, terutama bagi individu yang mempunyai tekanan darah yang agak tinggi and ­prehypertension.
  • Untuk individu yang mendapat hipertensi yang parah, diet DASH dapat membantu untuk memperbaikkan respon badan terhadap medikasi selain dapat menurunkan tekanan darah.
  • Penurunan berat badan

Jadual 1: Pengambilan yang disyorkan untuk pelbagai kumpulan makanan dalam diet DASH (merujuk kepada diet 2000kcal sehari).
Kumpulan makanan
Bilangan hidangan seharian
Saiz porsi
Komen
Bijian dan produk bijian
6 -8
1 keping roti
1 oz bijirin kering
½ cawan nasi
Sebagai sumber tenaga majoriti and juga serat.
Memilih bijian utuh / bijian penuh.
Sayur-sayuran
4 -5
1 cawan sayur hijau (belum masak)
½ cawan sayur hijau (masak)
½ cawan jus sayuran 100%
Memberi potassium, magnesium, dan serat.
Buah-buahan
4 -5
1 buah saiz sederhana (cth: 1 biji epal)
½ cawan buah dalam tin
½ cawan jus buah-buahan 100%
Sumber penting untuk mendapatkan potassium, magnesium, dan serat.
Susu dan produk susu tanpa / rendah lemak
2 -3
1 cawan susu
1 cawan yogurt
1 ½ oz keju
Sumber yang kaya dengan kalsium dan protein.

Daging, poltri, dan ikan (kurang lemak)
6
1 oz daging, poltri atau ikan (masak)
1 biji telur
Sumber protein dan magnesium.
Tidak boleh mengambil lebih daripada 4 kuning telur seminggu.
Kekacang
4 -5 seminggu
1/3 cawan kekacang
2 sudu makan mentega kacang
½ cawan legume (masak)
Sumber tenaga, magnesium, protein, dan serat yang tinggi.
Lemak dan minyak
2 -3
1 sudu teh marjerin lembut
1 sudu teh minyak sayur
1 sudu makan mayones
27% lemak dari jumlah calorie seperti yang disyorkan dalam kajian DASH
Gula
≤ 5 seminggu
1 sudu makan gula
1 sudu makan jem
1 cawan lemonade
Manisan yang diambil sepatutnya rendah dalam lemak.
*Saiz hidangan yang disyorkan di atas and saiz porsinya adalah rujukan dari Amerika Syarikat. 1 oz adalah lebih kurang sama dengan 30 g atau 30 ml.
Sumber: U.S. Department of Health and Human Sevices, 2006.Your Guide 
to Lowering Your Blood Pressure with DASH: DASH Eating Plan.
Read More

Saturday, 1 December 2012

Belajar untuk membaca Label Maklumat Nutrien



Belajar untuk membaca maklumat nutrien adalah penting sebagai rujukan untuk pengguna ketika membeli dan menyediakan makanan yang sihat. Ini merupakan rujukan yang penting untuk mengelakkan daripada mengambil makanan yang ber-sodium tinggi. Walaupun demikian, kami masih boleh memilih makanan yang mengandungi sodium yang tinggi dengan bantuan label maklumat nutrien.

Cara untuk membaca Label Maklumat Nutrien di kebanyakan produk makanan Malaysia.


1. Semasa membaca label makanan, perkara pertama yang perlu anda membaca ialah saiz hidangan dan jumlah hidangan. Sebagai contoh, dalam produk makanan dalam gambar di atas, jumlah hidangan ialah 1 dengan setiap saiz hidangan 250 ml. Saiz hidangan ini akan mempengaruhi jumlah tenaga dalam kcal dan jumlah nutrien yang diambil. Berdasarkan maklumat ini, anda boleh menentukan saiz hidangan anda mengikut kesuaian anda.
2. Jumlah tenaga memberi satu bayangan kepada anda bahawa berapa tenaga yang anda dapat memperolehi dari hidangan ini. Ini dapat membantu anda untuk mengawal berat badan serta memperolehi tenaga yang mencukupi untuk fungsi badan. Sebagai contoh, 1 hidangan untuk contoh makanan itu ialah 195 kcal; ia juga menunjukkan jumlah tenaga dalam 100 ml iaitu 78 kcal untuk sebagai rujukan untuk membandingkan dengan produk lain.

Rujukan kepada jumlah tenaga (berdasarkan 2000 kcal diet sehari)·         40 kcal adalah rendah·         100 kcal adalah sederhana·         400 kcal ke atas adalah tinggi
3. Makronutrien iaitu karbohidrat, lemak dan protein disenaraikan di bahagian atas manakalah mikronutrien iaitu vitamin dan mineral diletakkan di bawah. Adalah dinasihatkan untuk mengambil mengikut Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia. para pengguna juga dicadangkan untuk mengambil karbohidrat dalam 50-60%, lemak(25-30%) dan protein (15-20%) dari jumlah pengambilan tenaga.

 Contoh Maklumat Nutrien Makanan yang diimport dari luar Negara dan juga sebahagian produk Malaysia

Informasi hidangan







Dalam contoh sampel ini, saiz hidangannya ialah setengah cawan (120 ml) sup pekat (100% dari tin, tanpa campuran air). Ini adalah penting untuk membaca maklumat hidangan sebelum menyediakan makanan supaya tidak menyediakan makanan yang berlebihan.
                                                                                     

Kalori, Lemak, Karbohidrat dan Protein
















Nutrien-nutrien tersebut memberi gambaran tentang beberapa kandungan yang akan anda ambil. Daily Value % (%DV) adalah nilai nutrien tersebut dalam diet sehari dan ini adalah berdasarkan United State Department of Agriculture (USDA) dengan pembahagian nutrien 50% karbohidrat, 30% lemak dan 20% protein. Ini merupakan cadangan dan anda boleh mengira sendiri berdasarkan diet anda.

Sodium telah diletakkan di bahagian atas walaupun ia merupakan mineral. Hal ini sedemikian kerana sodium adalah dikaitkan dengan hipertensi di mana orang zaman sekarang cendurung untuk mengambil sodium dengan berlebihan. Sodium diletakkan di atas untuk menarik perhatian pengguna supaya mementingkan kandungan sodium makanan. Sodium dalam contoh tersebut ialah 890 mg untuk setiap hidangan dan kandungan sodiumnya agak tinggi kerana pengambilan sodium yang dicadangkan adalah 2000 mg sehari sahaja.

Bagi lemak pula, lemak tepu dan trans lemak sepatutnya diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Vitamins dan Mineral







Bahagian ini menunjukkan jumlah dan jenis vitamin dan mineral yang terkandung dalam makanan.

Cadangan keperluan harian










Ditunjukkan di bahagian bawah label dan boleh dikecualikan di perbungkusan barang yang kecil. Ini merupakan satu peringatan dan juga panduan untuk pengguna dalam memilih dan menyediakan makanan.

Front-of-pack (FOP)

FOP merupakan pembanguan maklumat nutrien label yang terkini. Sekarang, kami boleh menjumpa FOP di sesetengah produk di pasaran Malaysia. Ini merupakan label yang mudah dan senang dibaca dalam sesaat pun yang boleh memberi information tentang jumlah tenaga makanan itu.

Pembanguan tersebut telah dilakukan kerana pengguna didapati tidak suka membaca Maklumat Nutrien Label di belakang produk. Alasannya ialah kekurangan masa untuk membaca, susah memahami maklumat tersebut dan tidak tahu cara untuk menggunakan maklumat yang diberi.

Oleh itu, FOP telah dicadangkan dan digunakan dengan menggunakan logo atau simbol yang menarik dan mudah. FOP memberi maklumat dalam cara yang mudah difahami. Namun, dalam pasaran Malaysia, FOP yang digunakan biasanya hanya memberi jumlah tenaga yang terkandung.






Read More

Monday, 26 November 2012

Siapakah yang berisiko untuk mendapat Hipertensi? Adakah anda?



Saintis telah menemui banyak faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat hipertensi. Adakah anda berisiko untuk mendapat hipertensi? Berikut ialah faktor-faktor risiko untuk mendapat hipertensi:

  • Sejarah keluarga
Warna mata, warna rambut dan jenis rambut bukan sahaja ciri-ciri yang anda warisi. Jika keluarga anda seperti ibubapa atau mana-mana saudara yang rapat mempunyai hipertensi, anda juga berisiko untuk mendapatnya juga. Disebabkan anda tidak boleh mengawal faktor genetik, tetapi anda boleh memilih untuk mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengurangkan faktor risiko yang lain. Cara hidup yang sihat membolehkan kebanyakan individu dengan sejarah keluarga yang mempunyai hipertensi untuk mengelak penyakit tersebut.


  • Umur
Risiko untuk mendapat hipertensi semakin meningkat seiring dengan peningkatan usia. Hipertensi biasanya berlaku di kalangan lelaki pada awal pertengahan usia. Wanita lebih cenderung mendapat hipertensi selepas mengalami menopause.

  • Kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal
Menjadi aktif secara fizikal adalah baik kerana ia boleh membantu untuk menurunkan tekanan darah anda dan mengurangkan risiko mendapat hipertensi. Orang yang tidak aktif cenderung untuk mempunyai kadar nadi yang lebih tinggi. Lebih tinggi kadar nadi anda, lebih kuat jantung anda perlu bekerja setiap degupan dan menyebabkan lebih kuat tekanan di saluran arteri anda.


  • Diet
Pengambilan makanan anda boleh mejejaskan tahap tekanan  darah anda. Pengambilan garam secara berlebihan, kekurangan kalium (contoh makanan tinggi kalium: pisang, lobak merah, kismis, bayam, tomato), kekurangan vitamin D (contoh makanan tinggi vitamin D: telur) dan pengambilan alkohol secara berlebihan dalam diet anda boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat.


  • Berat badan berlebihan  dan obesiti
Orang yang berlebihan berat badan dan obes dikaitkan dengan mempunyai risiko yang lebih tinggi mempunyai hipertensi berbanding dengan orang yang mempunyai BMI yang normal. Orang yang berlebihan berat badan diklasifikasikan mempunyai BMI 25.00-29.99 manakala orang yang obes diklasifikasikan mempunyai BMI lebih daripada 30.00.


Cara untuk mengetahui BMI anda!!




Kategori BMI WHO / ASIAN

Jadual 1: Klasifikasi BMI mengikut WHO

Klasifikasi
BMI (kg/m2)
Kurang berat badan
<18.50
Normal 
18.50 – 24.99
Berlebihan berat badan
25.00 – 29.99
Obes
≥30.00
(Sumber: WHO 1995, WHO, 2000 dan WHO 2004)


Jadual 2: Klasifikasi BMI mengikut Asia

Klasifikasi
BMI  (Kg/M2)
Kurang berat badan
<18.5
Normal
18.5-22.9
Berlebihan berat badan
23.0-27.4
Pre-obes
27.5-32.4
Obes tahap I
32.5-37.4
Obes tahap II
≥37.5
Obes tahap III
≥40.0



  • Tekanan
Berada dalam keadaan yang tertekan iaitu “stress”, boleh meningkatkan tekanan darah anda tetapi ia hanyalah kesan sementara. Apabila anda berehat dan membebaskan diri dari keadaan yang tertekan, tekanan darah anda akan kembali normal.


  • Merokok
Merokok boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat secara sementara. Rokok mengandungi tembakau yang boleh merosakkan saluran arteri anda. Ini boleh menyebabkan saluran arteri mengecil dan tekanan darah meningkat.  



Tanda-tanda dan simptom tekanan darah tinggi

Kebanyakan individu yang mempunyai hipertensi tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala, walaupun tekanan darah telah mencecah paras yang merbahaya. Dalam beberapa kes, seseorang boleh menunjukkan tanda-tanda tekanan darah tinggi seperti:
  • ·    Sakit kepala
  • ·    Penglihatan kabur
  • ·    Loya
  • ·    Pening-pening


Apakah komplikasi-komplikasi hipertensi  yang mungkin dihadapi?

Tekanan hipertensi akan menyebabkan tekanan dan kerosakan pada organ-organ dalam badan.
Antara komplikasi hipertensi yang mungkin berlaku adalah:

1)      Penyakit jantung
  • Coronary Heart Disease
  • Congestive Heart Failure (lemah jantung)
  • Left Ventricular Hypertrophy 
2)    Kegagalan fungsi ginjal/ buah pinggang:
  •   Albuminuria (kandungan protein (albumin) dalam air kencing melebihi 300mg setiap hari)
3)    Komplikasi pada otak
  • Serangan Angin Ahmar (sel-sel otak mati secara tiba - tiba akibat kekurangan oksigen)

4)    Komplikasi pada mata
  • Hypertensive Retinopathy (perdarahan dan kerosakan kepada kawasan retina mata)

Read More

Popular Posts

Followers

© Down!!! Blood Pressure..., AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena