Monday 26 November 2012

Siapakah yang berisiko untuk mendapat Hipertensi? Adakah anda?



Saintis telah menemui banyak faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat hipertensi. Adakah anda berisiko untuk mendapat hipertensi? Berikut ialah faktor-faktor risiko untuk mendapat hipertensi:

  • Sejarah keluarga
Warna mata, warna rambut dan jenis rambut bukan sahaja ciri-ciri yang anda warisi. Jika keluarga anda seperti ibubapa atau mana-mana saudara yang rapat mempunyai hipertensi, anda juga berisiko untuk mendapatnya juga. Disebabkan anda tidak boleh mengawal faktor genetik, tetapi anda boleh memilih untuk mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengurangkan faktor risiko yang lain. Cara hidup yang sihat membolehkan kebanyakan individu dengan sejarah keluarga yang mempunyai hipertensi untuk mengelak penyakit tersebut.


  • Umur
Risiko untuk mendapat hipertensi semakin meningkat seiring dengan peningkatan usia. Hipertensi biasanya berlaku di kalangan lelaki pada awal pertengahan usia. Wanita lebih cenderung mendapat hipertensi selepas mengalami menopause.

  • Kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal
Menjadi aktif secara fizikal adalah baik kerana ia boleh membantu untuk menurunkan tekanan darah anda dan mengurangkan risiko mendapat hipertensi. Orang yang tidak aktif cenderung untuk mempunyai kadar nadi yang lebih tinggi. Lebih tinggi kadar nadi anda, lebih kuat jantung anda perlu bekerja setiap degupan dan menyebabkan lebih kuat tekanan di saluran arteri anda.


  • Diet
Pengambilan makanan anda boleh mejejaskan tahap tekanan  darah anda. Pengambilan garam secara berlebihan, kekurangan kalium (contoh makanan tinggi kalium: pisang, lobak merah, kismis, bayam, tomato), kekurangan vitamin D (contoh makanan tinggi vitamin D: telur) dan pengambilan alkohol secara berlebihan dalam diet anda boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat.


  • Berat badan berlebihan  dan obesiti
Orang yang berlebihan berat badan dan obes dikaitkan dengan mempunyai risiko yang lebih tinggi mempunyai hipertensi berbanding dengan orang yang mempunyai BMI yang normal. Orang yang berlebihan berat badan diklasifikasikan mempunyai BMI 25.00-29.99 manakala orang yang obes diklasifikasikan mempunyai BMI lebih daripada 30.00.


Cara untuk mengetahui BMI anda!!




Kategori BMI WHO / ASIAN

Jadual 1: Klasifikasi BMI mengikut WHO

Klasifikasi
BMI (kg/m2)
Kurang berat badan
<18.50
Normal 
18.50 – 24.99
Berlebihan berat badan
25.00 – 29.99
Obes
≥30.00
(Sumber: WHO 1995, WHO, 2000 dan WHO 2004)


Jadual 2: Klasifikasi BMI mengikut Asia

Klasifikasi
BMI  (Kg/M2)
Kurang berat badan
<18.5
Normal
18.5-22.9
Berlebihan berat badan
23.0-27.4
Pre-obes
27.5-32.4
Obes tahap I
32.5-37.4
Obes tahap II
≥37.5
Obes tahap III
≥40.0



  • Tekanan
Berada dalam keadaan yang tertekan iaitu “stress”, boleh meningkatkan tekanan darah anda tetapi ia hanyalah kesan sementara. Apabila anda berehat dan membebaskan diri dari keadaan yang tertekan, tekanan darah anda akan kembali normal.


  • Merokok
Merokok boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat secara sementara. Rokok mengandungi tembakau yang boleh merosakkan saluran arteri anda. Ini boleh menyebabkan saluran arteri mengecil dan tekanan darah meningkat.  



Tanda-tanda dan simptom tekanan darah tinggi

Kebanyakan individu yang mempunyai hipertensi tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala, walaupun tekanan darah telah mencecah paras yang merbahaya. Dalam beberapa kes, seseorang boleh menunjukkan tanda-tanda tekanan darah tinggi seperti:
  • ·    Sakit kepala
  • ·    Penglihatan kabur
  • ·    Loya
  • ·    Pening-pening


Apakah komplikasi-komplikasi hipertensi  yang mungkin dihadapi?

Tekanan hipertensi akan menyebabkan tekanan dan kerosakan pada organ-organ dalam badan.
Antara komplikasi hipertensi yang mungkin berlaku adalah:

1)      Penyakit jantung
  • Coronary Heart Disease
  • Congestive Heart Failure (lemah jantung)
  • Left Ventricular Hypertrophy 
2)    Kegagalan fungsi ginjal/ buah pinggang:
  •   Albuminuria (kandungan protein (albumin) dalam air kencing melebihi 300mg setiap hari)
3)    Komplikasi pada otak
  • Serangan Angin Ahmar (sel-sel otak mati secara tiba - tiba akibat kekurangan oksigen)

4)    Komplikasi pada mata
  • Hypertensive Retinopathy (perdarahan dan kerosakan kepada kawasan retina mata)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers

© Down!!! Blood Pressure..., AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena