Berat badan yang berlebihan berkait rapat dengan peningkatan tekanan darah. Keadaan ini boleh menyebabkan tahap kolesterol di dalam darah meningkat, sukar untuk melakukan senaman dan meningkatkan risiko untuk penyakit kencing manis . Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), penurunan berat badan boleh membantu anda untuk mengawal dan merendahkan tekanan darah. Pengurangan berat badan sebanyak 4.5kg adalah berkesan dalam mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit yang melibatkan jantung dan salur darah.
Walau bagaimanapun, satu kajian menjelaskan bahawa pengurangan berat badan sahaja tidak mampu mengawal tekanan darah anda bahkan, aktiviti-aktiviti yang anda lakukan dalam menurunkan berat badan anda juga memainkan peranan penting. Ini bermakna anda perlu menjadi aktif dalam aktiviti harian anda untuk mengurangkan dan mengekalkan tekanan darah anda.
Anda menghidapi hipertensi & anda ingin kurangkan berat badan ??
Ikut langkah – langkah berikut:
# Langkah 1
Kurangkan
pengambilan natrium. Ini adalah cara terbaik untuk memulakan pengurangan tekanan
darah anda. Individu normal tanpa hipertensi hanya memerlukan
2300mg natrium setiap hari. Manakala, penghidap hipertensi perlu mengehadkan pengambilan natrium kepada 1500mg natrium setiap hari. (Familydoctor.org).
#Langkah 2
Ambil
sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap
hari (Americanheart.org). Pengambilan buah- buahan dan
sayur-sayuran dalam diet anda akan
memberikan anda lebih kalium, magnesium, kalsium dan protein dan ia juga mengurangkan pengambilan jumlah
kolesterol, lemak tepu dan jumlah lemak.
Antara makanan kaya
kalium ialah pisang, kurma, kiwi, tembikai, tembikai susu, oren, bayam dan tomato. Pengambilan >3500mg kalium sehari boleh
membantu anda untuk menurunkan tekanan darah.
Pastikan hasil tenusu yang anda ambil afdalah rendah lemak untuk mengawal pengambilan lemak dalam pemakanan.
#Langkah 3
Hadkan
pengambilan alkohol dalam sehari (satu tin bir atau segelas wain)
untuk mengawal tekanan darah anda. Sebaik-baiknya, kepada individu yang cuba
untuk menurunkan berat badan, anda perlu menghentikan pengambilan alkohol
kerana ia adalah sumber kalori tanpa nutrien.
#Langkah 4
Senaman membantu menurunkan tekanan
darah anda. Berat badan yang berlebihan akan menambah tekanan kepada jantung
dan boleh meningkatkan tekanan darah. Bagi orang dewasa, anda perlu bersenam sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu. Ini kerana bagi sesetengah individu, tekanan darah
mereka akan kembali normal apabila mereka mengurangkan berat badan.
• Aktiviti Intensiti Sederhana: berkebun, berjalan pantas, berbasikal, atau senaman aerobik yang lain.
• Aktiviti Kekuatan Otot : (bicep ulrs, tekan tubi, tarik-up, bangkit tubi) adalah disyorkan sekurang-kurangnya dua hari seminggu dan harus menggunakan otot utama.
• Akitiviti Isometrik : mengangkat berat boleh memberi kesan tekanan dan meningkatkan tekanan darah. Aktiviti ini harus dielakkan.
Senaman berupaya untuk mengurangkan tekanan sistolik dari 4 hingga 8 milimeter Merkuri.
Bagaimana anda boleh kurangkan pengambilan Natrium dalam diet anda??
- Anda perlu tahu kandungan natrium dalam makanan yang anda makan. Gunakan diari makanan untuk menulis jenis makanan, saiz hidangan dan jumlah natrium.
- Sasarkan untuk mengambil natrium kurang daripada 2,300 miligram setiap hari (kira-kira 1 sudu teh garam sehari). * Dapatkan nasihat daripada doktor anda jika anda perlu mengambil natrium lebih rendah sehingga 1,500 miligram natrium setiap hari.
- Baca label fakta pemakanan pada bungkusan setiap makanan. Jumlah natrium selalunya dinyatakan pada label.
- Pilih makanan yang mempunyai 5% atau kurang “Daily Value” natrium (peratusan ini dinyatakan pada label fakta pemakanan)
- Elakkan mengambil makanan yang mempunyai 20% atau lebih “Daily Value” natrium.
- Elakkan mengambil makanan dalam tin, makanan yang diproses, makanan segera dan daging ketika makan tengahari.
- Elakkan penggunaan bahan perasa dalam penyediaan makanan anda.
SELAMAT MENCUBA !!
0 comments:
Post a Comment